Pada 12 April 2010 bertempat di Dewan Syarahan Idris al-Marbawi, telah diadakan "Seminar Etiket dan Protokol" bagi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2009. Seramai 125 orang pelajar telah menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPI ini. Pengarah IPG KPI, Tn. Hj. Amin bin Mohd. Rashid telah merasmikan seminar yang dikendalikan oleh Pn. Dr. Zaida Nor binti Zainudin (KU Pengembangan dan Khidmat Kaunseling), Pn. Hjh. Kamsiah binti Ab. Rashid (KU Disiplin, Rekod & Tatatertib) dan En. Ali Imran bin Md. Shah (Pegawai Kaunselor). Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar khususnya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi, Insya Allah.


ThemeGurus
You are not logged in. (Login)