Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku
(EDU 1304)

TUTORIAL

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

(Behaviour and Classroom Management)

EDU 3014

Minggu Tutorial

Aktiviti Tutorial

Catatan

1

Penjelasan sesi tutorial & ISL. Pembahagian kumpulan dan topik tutorial untuk dibentangkan dalam sesi tutorial.

Aktiviti tutorial perlu diberi seminggu sebelum tutorial berkenaan

2

Perbincangan tentang konsep pengurusan bilik darjah dengan suasana bilik darjah sebenar yang diperhatikan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS / berasaskan pengalaman sendiri..

- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah yang diperhatikan semasa PBS yang lalu.

- Mengemukakan cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah.

3

Setiap pelajar diminta memilih seorang guru yang mereka sayangi dan menyenaraikan sebab-sebab guru itu disayangi. Kaitkan dengan topik ciri-ciri guru yang efektif.

- Membincangkan juga implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektif.

- Perbincangan berhubung peranan guru sebagai pembentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif.

Artikel Teacher Magazine (August 24, 2007)

4

Kaji rajah di Lampiran 1. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah ini. Kenal pasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi masalah ini.

Lukis pelan bilik darjah yang ideal sekali dan beri hujah-hujah yang meyokong pelan anda.

Lampiran 1

5

Jelaskan tentang konsep dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah.

.

Bincangkan peranan guru dalam pengurusan pentaksiran guru dalam bilik darjah.

Petikan daripada Buku Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah, KPM-PPK (2001)

6

Kajian kes Using Centers in a Multitask Classroom menghuraikan organisasi bilik darjah yang kompleks dan melibatkan beberapa ruang yang ditetapkan untuk aktiviti murid. Senaraikan perancangan awal yang telah dibuat oleh Cik Miller berhubung dengan pengurusan bilik darjah. Apakah peraturan-peraturan dan prosedur yang telah dirangkakan oleh Cik Miller? Bagaimana beliau menyampaikan dan memantau peraturan yang diikuti oleh murid?

Lampiran 2

7

Kumpulan pembentang menggunakan strategi main peranan (guru dan murid) berdasarkan Situations A – G. 

Pelajar lain (pemerhati) diedarkan borang Assertiveness Assessment Scales untuk menilai kemahiran asertif yang dipamerkan oleh watak ’guru’ dalam main peranan tersebut. 

Berdasarkan maklum balas daripada ’pemerhati’ bincangkan cara-cara untuk membina kemahiran asertif guru.

Lampiran 3

8

Pelajar meneliti dialog 1-5 dalam Lampiran 4 Recognising Listening Responses (Mengenal pasti Respons Mendengar) kemudian menentukan respons mana satu (1) menggalakkan perbincangan lanjutan, (2) respons idea, atau (3) respons perasaan.

Main peranan Producing Empathic Responses (Aktiviti Respon Empati) Situation A-E. Rumuskan cara terbaik dalam mengenal pasti respons mendengar dan respons empati.

Lampiran 4

Edaran soalan KKP bermula.

Pensyarah memberi taklimat/ penerangan pelaksanaan KKP

9

Buat banding beza model disiplin Skinner, Canter dan Dreikurs.

Pilih pengurusan grafik yang sesuai.

10

Buat banding beza model disiplin Kounin dan Glaser.

Pilih pengurusan grafik yang sesuai.

11

Persediaan tugasan KKP – kolaborasi pelajar dan pensyarah

Penyerahan Tugasan KKP

Pensyarah serahkan artikel kajian kes kepada kumpulan tutorial dua minggu sebelum pembentangan

12

Persediaan untuk analisis kajian kes

13

Analisis kajian kes (Lampiran 7)

Huraikan apa yang anda faham tentang kes yang dikaji (What do I know).

- Apakah konsep/model/teori yang saya perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji? (What do I need to know)

- Apakah strategi-strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji (What possible strategies can be taken to solve this case problem)

Lampiran 7

14

Bengkel Perancangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah.

Lampiran 11




ThemeGurus
You are not logged in. (Login)