Prinsip Asas Grafik
(TP2050D)
PENGENALAN
Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
PRINSIP-PRINSIP GRAFIK
Walaupun seni grafik memerlukan kebolehan melukis, tetapi untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran tidak semestinya seorang itu pelukis. Seorang guru dapat menghasilkan bahan pengajaran jenis visual untuk pembelajaran dengan berpandukan kepada beberapa prinsip grafik. Dalam menghasilkan sesuatu media pendidikan kita memerlukan grafik. Grafik adalah berupa huruf, angka, gambarajah, carta dan sebagainya. Oleh itu, kita harus dan perlu mempelajari kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang betul supaya media-media pendidikan yang kita terbitkan itu bermutu.
Untuk mengeluarkan bahan-bahan pengajaran seperti carta, gambar kepingan lutsinar, slaid dan sebagainya, prinsip-prinsip rekabentuk dipatuhi supaya bahan itu nanti bukan sahaja akan berkesan tetapi juga menarik.
- Teacher: Rosnah Ahmad Zain
| ThemeGurus | ![]() |
|
You are not logged in. (Login)
|
